Saudaraku,…
Dalam
sebuah riwayat diceritakan bahwa pada suatu hari Rasulullah Muhammad Saw sedang
duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid
dengan menangis. Ketika Rasulullah Saw melihat pemuda itu menangis, beliau pun
bertanya, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka
berkatalah pemuda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal
dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya."
Lalu
Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut pemuda itu
untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan
Umar r.s. mendapati ayah pemuda itu telah berubah menjadi babi hitam, maka
mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah
S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini berubah menjadi babi hutan yang
hitam."
Kemudian
Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah pemuda itu dan beliau pun
berdoa kepada Allah SWT, kemudian mayat itu pun berubah menjadi bentuk manusia
semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyolatkan mayat tersebut. Apabila
mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda
itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu
dia di dunia dulu?"
Berkata
orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan shalat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah
keadaan orang yang meninggalkan shalat. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan
oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman
Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka
kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat
tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba
membunuh ular itu.
Apabila
mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa
ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh
aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan
kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para
sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat
ini?"
Berkata ular,
"Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"Apabila dia
mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. Dia tidak mau
keluarkan zakat hartanya. Dia tidak mau
mendengar nasEhat para ulama.
Maka
inilah balasannya.
No comments:
Post a Comment