Abu
Umamah r.a. berkata : "Rasulullah
S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu
Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah
bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah
kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang
mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia
akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca
akan menjawab : "Siapakah
kamu?"
Maka
berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu
cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga
pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian
berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan
menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi
kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan
mahkota di atas kepalanya.
Pada
kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat
ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini
semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu
dijawab : "Kamu diberi ini semua
kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
No comments:
Post a Comment