Saudaraku,…
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahwa pada suatu hari Rasulullah Muhammad
Saw sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke
dalam masjid dengan menangis. Ketika Rasulullah Saw melihat pemuda itu menangis,
beliau pun bertanya, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkatalah pemuda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut pemuda
itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a
dan Umar r.s. mendapati ayah pemuda itu telah berubah menjadi babi hitam, maka
mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah
S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini berubah menjadi babi hutan yang
hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah pemuda itu
dan beliau pun berdoa kepada Allah SWT, kemudian mayat itu pun berubah menjadi
bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyolatkan mayat
tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun
bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan
oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
shalat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan shalat. Di hari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher
mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba
membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya
:"Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
Dia tidak mau keluarkan zakat hartanya. Dia
tidak mau mendengar nasEhat para ulama.
Maka inilah balasannya.
No comments:
Post a Comment